9 Julai 2021 : Seramai 29 orang pelajar huffaz dari Maahad Tahfiz Ismail Bandar Puncak Alam Selangor, pelajar pengambilan tahun 2017, telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SMA dan SMATQ  bagi tahun 2020.

Seramai tiga orang pelajar mendapat Mumtaz dalam peperiksaan SMA iaitu Nabil haykal b. Mohd Najib, Mohamad Ilman Faheem Bin Mohamad Ashraf dan Suci Luth Ubaiq Bin Shamsul Adli. Manakala peperiksaan SMATQ, juga seramai tiga orang mendapat keputusan mumtaz iaitu Harith Danial Bin Hairun Nizan, Suci Luth Ubaiq Bin Shamsul Adli, dan Muhammad Syafiqul Izzan Bin Saleem, berkat kesungguhan dan usaha tanpa jemu walaupun di masa negara dilanda pandemik COVID-19 sejak Mac tahun 2020, sistem pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan diatas talian tidak menjadi halangan bagi mereka untuk meneruskan pembelajaran atas talian.

Keputusan SMA untuk setiap pelajar adalah seperti berikut :

 

Mumtaz:

1.         Nabil haykal b. Mohd Najib

2.         Mohamad Ilman Faheem Bin Mohamad Ashraf

3.         Suci Luth Ubaiq Bin Shamsul Adli

 

Jayyid Jiddan:

1.         Muhammad Fakhrul Hakimie           

2.         Mohamad Hazim Bin Idris    

3.         Muhammad Attaqi Bin Zaini

4.         Muhammad Alif Akhbar Bin Mohd Pouzi

5.         Muhammad Aqil Iman Bin Mohd Solihin

6.         Harith Danial Bin Hairun Nizan

7.         Muhammad Faris Fahmi Bin Nazariani

8.         Muhamad Noor Hakim Bin Zaini

9.         Amierul Mukmin Bin Khairul Anuwar

10.       Wan Muhammad Hafizuddin Bin Wan Zaharin

11.       Syed Fawwaz Ikhmal Bin Syed Ahmad Puzi

12.       Aiman Izzat Bin Shamsuddin

13.       Muhammad Danish Haziq Bin Helmy Rifadli

14.       Muhammad Iqbal Amani Bin Azman

15.       Muhammad Syafiqul Izzan Bin Saleem

 

Jayyid:

1.         Muhammad Darwish Wafiq Bin Roslan

2.         Muhammad Nur Fitri Bin Abdullah

3.         Salman Al Farisi Bin Shamsuhar      

4.         Muhammad Danish Aiman Bin Razali         

5.         Muhammad Amir Dzuhri Bin Mohammad Taufek

6.         Nur Asyraff Bin Ariffin

7.         Ahmad Farhan Izmeer Bin Ahmad Risham

8.         Muhammad Arif Haikal Bin Ajlan

9.         Mohamad Haikal Arif Bin Zulkifli

10.       Aiman Izzuddin Bin Ali

11.       Alif Ridzwan Bin Ramli

Keputusan SMATQ untuk setiap pelajar adalah seperti berikut Mumtaz:

Mumtaz:

1.         Harith Danial Bin Hairun Nizan

2.         Suci Luth Ubaiq Bin Shamsul Adli

3.         Muhammad Syafiqul Izzan Bin Saleem

 

Jayyid Jiddan:

1.         Muhammad Fakhrul Hakimie           

2.         Mohamad Hazim Bin Idris    

3.         Muhammad Attaqi Bin Zaini

4.         Muhammad Alif Akhbar Bin Mohd Pouzi    

5.         Nabil Haykal Bin Mohd Najib          

6.         Mohamad Ilman Faheem Bin Mohamad Ashraf       

7.         Muhammad Aqil Iman Bin Mohd Solihin

8.         Muhammad Faris Fahmi Bin Nazariani        

9.         Muhammad Nur Fitri Bin Abdullah  

10.       Muhamad Noor Hakim Bin Zaini     

11.       Salman Al Farisi Bin Shamsuhar

12.       Amierul Mukmin Bin Khairul Anuwar         

13.       Nur Asyraff Bin Ariffin        

14.       Wan Muhammad Hafizuddin Bin Wan Zaharin       

15.       Syed Fawwaz Ikhmal Bin Syed Ahmad Puzi

16.       Aiman Izzat Bin Shamsuddin

17.       Muhammad Danish Haziq Bin Helmy Rifadli

18.       Muhammad Iqbal Amani Bin Azman

Jayyid:

1.         Muhammad Danish Aiman Bin Razali         

2.         Muhammad Amir Dzuhri Bin Mohammad Taufek

3.         Ahmad Farhan Izmeer Bin Ahmad Risham

4.         Muhammad Arif Haikal Bin Ajlan

5.         Mohamad Haikal Arif Bin Zulkifli   

6.         Aiman Izzuddin Bin Ali

7.         Alif Ridzwan Bin Ramli

 

Maqbul:

1.         Muhammad Darwish Wafiq Bin Roslan

 

Ma’ahad Tahfiz Ismail, Sewaktu pandemik covid-19 ini, menerapkan teknologi pembelajaran dalam talian terutama Google Classroom yang diamalkan di Ma’ahad Tahfiz Ismail terbukti cukup membantu guru dan para pelajar selain aplikasi Zoom bagi membolehkan interaksi secara terus dengan pelajar dapat dilakukan. Para-para guru dan pihak pentadbiran Ma’ahad Tahfiz Ismail turut memanfaatkan aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pelbagai maklumat, arahan dan Latihan kepada ibubapa dan para pelajar. Semuanya ini untuk memastikan pembelajaran pelajar berjalan dengan lancar walaupun mereka tidak berada di dalam kelas semasa pembelajaran dilaksanakan.

“Cuma tenaga pengajar kena bersedia dengan bahan mengajar sebelum melaksanakan pembelajaran dalam talian. Mereka perlukan sedikit masa untuk menyediakannya. Selain itu mereka juga harus meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat, pedagogi dan penilaian dalam talian. Manakala pelajar pula, disamping belajar akademik, mereka terus jalani aktiviti mengulang hafazan Al-Quran setiap hari”, ujar YBhg Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Ma’ahad Tahfiz Ismail.

YBhg Tan Sri Rozali Ismail juga berhasrat dengan adanya para-para huffaz muda ini, maka MTI dapat melahirkan masyarakat hafiz Al-Quran yang kemudiannya berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang, seimbang dan berintegriti untuk membantu masyarakat, ekonomi dan negara secara keseluruhannya. Ini membuktikan bahawa sekiranya para huffaz ini diberikan pendidikan dan silibus pembelajaran yang betul, maka mereka mampu bersaing bersama pelajar akademik yang lain.

Kesemua pelajar tahfiz ini adalah mereka yang telah menghafal 30 juzuk Al-Quran. Ini membuktikan bahawa sistem pelajaran menghafal Al-Quran dan belajar Akademik mampu dilaksanakan seiring.

Ybhg Tan Sri juga mengucapkan sekalung tahniah diatas kejayaan yang dicapai oleh para huffaz Ma’ahad Tahfiz Ismail dan berharap dengan penubuhan Ma’ahad Tahfiz Ismail ini akan dapat melahirkan lebih ramai lagi generasi yang akan datang dan bakal menjadi ikon negara segi duniawi dan ukhrawi. Tegasnya lagi, perisai ukhrawi perlu dibina sebagai benteng pertahanan dalam memerangi pelbagai penyakit sosial yang akhirnya akan meruntuhkan akhlak masyarakat.

Ybhg Tan Sri juga menyatakan bahawa dengan keputusan yang cemerlang ini, ia akan menjadi pembakar semangat dan pendorong untuk pelajar pelajar MTI yang lain. Ini juga membuktikan pembelajaran hafazan dan akademik boleh berjalan selari. Apa yang penting usaha dan kerja kuat.

Kepada ALLAH kami bersyukur. Tiada daya kami tanpa ALLAH

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Terima kasih
MAAHAD TAHFIZ ISMAIL
Adab Dulu Baru Ilmu.

COMBINE_SMA.jpg