LAPORAN KURSUS ASAS KEGURUAN SIRI 1 BERSAMA DR. AHMAD KAMAL BIN ARIFFIN

  • Sebelum memulakan mana-mana kursus atau Latihan perlu pastikan diri dalam keadaan kosong / zero, menggunakan konsep ‘Empty Your Cup’.
  • Formula SRR bagi menarik perhatian pelajar untuk belajar:

S – STIMULUS : Rangsangan- Merangsang pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

R – REINFORCEMENT : Peneguhan / Pengukuhan kepada tingkah laku positif @ belajar bersungguh-sungguh.

R – REWARD : Ganjaran perlu diberikan kepada pelajar apabila pengukuhan telah dibuat.

  • Mengajar bersungguh-sungguh untuk jadikan pelajar seorang ‘Champion’.
  • Belajar rajin untuk menjadi seorang ‘An Entertainer’ @ Penghibur. Guru sebagai Penghibur kepada pelajar.
  • Guru perlu menunjukkan contoh dan teladan (roll and status) yang baik kepada para pelajar.
  • Teori orang Barat iaitu Teori Taksonomi Bloom yang tidak bersetuju aras Mengingat/Menghafaz perkara yang penting.
  • Teori Rasulullah datang dari Qolbu bukan daripada Pemikiran.
  • Orang Islam nak Berjaya kena dari Qolbu
  • Tips untuk pelajar yang degil, guru perlu:
  • Baca / sedekahkan Al-Fatihah 33x kepada pelajar tersebut.
  • Guru mendoakan atau buat solat Tahajud.
  • Bagi hadiah atau sedekahkan sesuatu kepada pelajar.
  • Ad Du’a Silahul Mu’min / Doa Senjata Orang Mukmin;
  • Khoir : Kendiri – Kenal Diri, Doa pada Tuhan untuk bagi kebaikan.
  • Salamah : Keselamatan
  • Sihhah : Kesihatan
  • Ni’mah : Nikmat
  • Barokah : walaupun ilmu tidak banyak tapi ilmu yang sikit tu boleh memberi manfaat kepada orang ramai.
  • Quwwah : Pintu kekuatan emosi, rohani, intelek dan jasmani.- kene seimbang untuk jadi guru yang terbaik. Amalkan madu lebah dan minyak zaitun. Peranan kita untuk seimbangkan pelajar, matlamat untuk pastikan sesiapa Bersama kita seimbang dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmani.
  • Mawaddah : Kasih sayang, kena sayang orang lain sebagaimana kita kasih akan diri kita. Kasih lebih tinggi daripada sayang dan cinta. Sayang > cinta > kasih(paling tinggi)

Contoh guna perkataan ‘Ye Sayyanggg…’

Jangan pengaruhi pelajar kita ikut cara kita, sebab mereka dating dari latar belakang yang berbeza.

  • Rohmah : Rahmat Allah kita dapat hidup/bertemu pada hari ini.
  • Rizk : Rezeki yang dasyat contoh rezeki pancaindera.
  • Ilmi : Ilmu duniawi (matematik, psikologi, sastera dll) dan ilmu ukhrawi.
  • Maghfiroh : Keampunan daripada Allah SWT – Guru hari-hari di sekolah kene maafkan pelajar yang degil/bega.bergolok gadai untuk pelajar
  • Jannah : Allah SWT akan bagi kita balasan Syurga. Disebabkan amalan yang kita buat dalam mendidik pelajar. Ilmu yang paling hebat adalah memberi ilmu
    Al-Quran.
  • 7 ciri manusia yang dikasihi/dilindungi Allah SWT:
  • Seorang yang adil.
  • Pemuda yang abadikan diri kepada Allah SWT: Habiskan masa berkorban untuk Allah SWT.
  • Berkawan niat kerana Allah SWT
  • Hati yang sentiasa berada dalam masjid : Hatinya rindu rumah Allah SWT.
  • Menolak maksiat : Bila diajak buat maksiat, dia menolak kerana takut kerana Allah SWT.
  • Pemurah : Bersedekah sampai tangan kiri tidak tahu, banyak bersedekah.
  • Menangis Ketika seorang diri kenang keesaan Allah SWT : contoh buat Tahajud.
  • Cabaran bagi kita di zaman VUCAH:
  • Volatility : Sebuah perubahan dinamika yang sangat cepat dalam berbagai hal seperti sosial, ekonomi dan politik. Bergejolak, akan ada turun naik dalam zaman yang mencabar ini.
  • Uncertainty : Sukarnya untuk meramalkan isu dan peristiwa yang saat ini sedang terjadi. Ketidakpastian yang timbul dalam persekitaran.Contohnya pendekatan dalam Pendidikan yang berubah-ubah berdasarkan kepada perubahan kerajaan dan sebagainya.
  • Complexity : Gangguan dan kekacauan yang mengelilingi setiap organisasi.
  • Ambiguity : Kekaburan, kurang jelas mengenai makna sesuatu peristiwa.
  • Hyperconnectivity : Ilmu internet sangat penting pada zaman ini.
  • MOTIVASI KENDIRI (Kenal Diri) – Guru perlu ada ilmu berikut:
  • Sosiologi :
    -Ilmu berkaitan tingkah laku manusia dalam masyarakat.

-Faham budaya, kata-kata dan cara hidup.

-Guru perlu faham cara peradaban pelajar.

  • Antropologi:

-Berkaitan sejarah pembinaan tamadun melayu.

-Kena faham melayu, suku-suku yang ada.

-Sangat arif tentang manusia.

  • Kaunseling:

-Berkaitan komunikasi kaunselor dengan klien untuk dapatkan celik akal.

  • Psikologi:

-Ilmu berkaitan dengan tingkah laku manusia.

  • Psikoterapi:

-Ilmu yang berkaitan merawat tingkah laku manusia.

  • Psiakatri:

-Gunakan / bantu mereka yang bermasalah tingkah laku dengan ubat-ubatan.

  • Bagaimana manusia hendak dilayan, contohnya kepada PELAJAR:
  • Disayangi BUKAN Dipergunakan
  • Difahami BUKAN Dihukum
  • Diterima BUKAN Disisih
  • Dihormati BUKAN Diperkecilkan
  • Ditolong BUKAN Dirosakkan
  • Merasa Selesa BUKAN Dikutuk
  • Berkembang BUKAN Merencat
  • Perkara yang perlu seorang guru buat kepada pelajar supaya pelajar suka dan merasa selasa untuk belajar dan berdamping dengan guru:
  • Mesra
  • Empati
  • Merahsiakan
  • Terima tanpa syarat
  • Teraputik
  • Kongruen (tidak berpura-pura)
  • Jenis manusia yang dikaitkan dengan Teori Holland yang berkaitan dengan kerjaya secara umum:

Realistik : Tidak suka sastera, suka yang cepat, fakta

Investigatif : suka siasat selidik

Artistik : Unik, tidak suka peraturan

Sosial : Suka bercakap, mingle around

Enterprising : berniaga, mulut manis

Conventional : suka simpan benda lama, contoh kerja arkib

  • Komunikasi Berkesan dengan mengunakan komunikasi gaya Parent, Adult dan Child.
  • Parents: Pendekatan direction, I-O.K. : YOU-K.O. Dia je betul
  • Adult : Pendekatan 5W 1H (Why, Where, Which, When, Who dan How), bersifat dewasa.
  • Child: Pendekatan keanak-anakan.

Rumusan: Secara keseluruhan, kursus pada hari ini lebih kepada pengenalan dan secara umum bagaimana menjadi seorang Guru atau seorang ‘An Entertainer’ kepada pelajar.

1.jpg

2.jpg

3.jpg

4.jpg

5.jpg