Hasrat penubuhan Ma’ahad Tahfiz Ismail dicetuskan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail pada tahun 2011 sewaktu beliau mula-mula bercadang untuk membina Masjid Puncak Alam. Pembinaan masjid telah siap pada 16 Jun 2014.

YBhg Tan Sri Rozali Ismail juga berhasrat dengan penubuhan ini akan dapat membina masyarakat hafiz Al-Quran yang kemudiannya berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang, seimbang dan berintegriti untuk membantu masyarakat keseluruhannya.

sejarah1sejarah1sejarah1sejarah1

Pada 10 Julai 2015, Puncak Niaga telah mewakafkan Kompleks Masjid dan seluruh pentadbirannya beserta tanah kepada Perbadanan Wakaf Selangor. Ma'ahad Tahfiz Ismail beroperasi pada 16 Januari 2016 dengan kapasiti pelajar seramai 30 orang bagi pengambilan pertama bagi sesi tahun 2016.

Masjid Puncak Alam dan Perbadanan Wakaf Selangor telah bersetuju supaya Corporate Line Sdn Bhd membiayai segala perbelanjaan mengurus dan mentadbir Ma'ahad Tahfiz Ismail.

Bermula November 2017, Maahad Tahfiz Ismail beroperasi dibawah pentadbiran sendiri dimana segala perbelanjaan dan pengurusan dikelola sepenuhnya oleh Pentadbiran MTI.

sejarah1sejarah1sejarah1sejarah1

Klik pada gambar untuk besarkan.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan MTI?

Klik pada butang "Bantuan & Sokongan" untuk sebarang pertanyaan.