• Melahirkan pelajar yang boleh membaca Al-Quran dengan cara yang terbaik dan seterusnya dapat menghafal keseluruhan Al-Quran.

 

  • Menanamkan kepentingan mempelajari, memahami, beramal dan menyampaikan segala perintah-perintah Allah SWT berdasarkan kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW keseluruh permukaan alam.

 

  • Melatih pelajar supaya berbakti kepada Agama, ibu-bapa dan masyarakat apabila tamat pengajian kelak.

 

  • Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan ajaran Al-Quran dan sunnah kehidupan Rasulullah SAW dan mereka juga akan dibimbing supaya menjadi insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. 

 

  • Melahirkan generasi muda yang dapat menghayati agama dalam kehidupan mereka serta menimbulkan kesedaran dalam agama islam. Ini juga akan menimbulkan keyakinan kepada diri pelajar bahawasanya hanya dengan amalan yang dapat membawa kejayaan dunia dan akhirat.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan MTI?

Klik pada butang "Bantuan & Sokongan" untuk sebarang pertanyaan.