03 November 2017, bersamaan hari Jumaat, sebuah deligasi dari Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor yang terdiri daripada 5 orang pegawai dan 7 orang pelajar telah mengadakan lawatan ke Kompleks MTI. Bermula seawal 8.30 pagi mereka dipimpin oleh Ustaz Khairul Ariffin melawat ke sekitar tempat dan merasai suasana di MTI. Lawatan ini lebih kepada bertukar dan berkongsi pendapat antara pihak pendtadbir mengenai sistem hafazan dan cara yang terbaik untuk mewujudkan suasana yang kondusif serta efektif dalam menjayakan objektif huffaz yang berkualiti. Usai perjumpaan bersama, Deligasi dibawa menjamu selera hidangan tengahhari di Cafe 5 MPA . Semoga kedua belah pihak mendapat input yang terbaik untuk diadaptasikan dalam sistem pembelajaran terkini.

lawatan poly1

lawatan poly2