Seramai 30 orang Pelajar tingkatan 1 telah menyertai Lawatan Sambil Belajar dan Bengkel Kaligrafi arab di Muzium Kesenian Islam Malaysia. Program itu bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang sejarah dan segala berkaitan artifak tinggalan lama khilafah islam terdahulu. Di sana, pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan khususnya dari pengetahuan dalam sejarah-sejarah seperti corak dan bentuk mushaf al-quran terdahulu, artifak peperangan di zaman dahulu kala. Pelajar juga diberi peluang bersama seorang tenaga pengajar ilmu khat atau dikenali sebagai kaligrafi arab dan sempat untuk mengikuti bengkel dan latihan yang spontan selama 1 jam. Pelajar pulang ke asrama seusai solat zohor di Masjid Negara. 

Lawatan pelajar MTI ke Muzium2

Lawatan pelajar MTI ke Muzium3

Lawatan pelajar MTI ke Muzium1