Unit Pendaftaran Maahad Tahfiz Ismail Puncak Alam telah mengadakan temuduga kemasukan pelajar baru bagi sesi 2018 . Seramai 500 calon pelajar baharu menghadiri sesi temuduga yang mana diadakan secara berperingkat mengikut tarikh dan waktu yang telah ditetapkan. Sebanyak 7 kali sesi temuduga telah dijalankan yang melibatkan kawasan sekitar Puncak Alam, daerah-daerah yang berdekatan juga diluar negeri.

Seawal jam 8 pagi mereka tiba untuk sesi pendaftaran dan pembahagian kumpulan. Kita memecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan hafazan dan akademik. Mana-mana calon yang mencapai kriteria markah yang telah ditetapkan akan berpeluang mengikuti sesi temuduga akhir bersama Pengarah dan barisan pentadbir Maahad Tahfiz Ismail. 

Semoga calon-calon yang bersemangat itu akan mendapat peluang yang cerah untuk tergolong dalam ahlul quran yang sejati dan berkualiti. 

DSC 0564 kecil

DSC 0560

DSC 0558

DSC 0568

DSC 0571

DSC 0579

DSC 0586DSC 0601