8 Jun 2021 : Seramai 17 orang pelajar sulung dan huffaz dari Maahad Tahfiz Ismail Bandar Puncak Alam Selangor, pelajar pengambilan tahun 2016, telah mencapai keputusan 100% lulus dengan cemerlang dalam pepereksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2020.

Dua orang pelajar yang mendapat 9A iaitu Lukman Hakim dan Syed Izznabil turut berkongsi kegembiraan setelah mampu mendapat keputusan yang amat membanggakan. Manakala seramai tujuh orang lagi pelajar Ma’ahad Tahfiz Ismail mendapat 8A & 7A. Mereka percaya, berkat kesungguhan dan usaha tanpa jemu walaupun di masa negara dilanda pandemik COVID-19 sejak Mac tahun 2020, sistem pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan diatas talian tidak menjadi halangan bagi mereka untuk meneruskan pembelajaran atas talian.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk setiap pelajar adalah seperti berikut :

1. Syed Izznabil Fikri bin Syed Mohamed Ridzam - 9A 1B
2. Luqman Hakeem bin Huzaini - 9A 1D
3. Muhammad Afiq bin Suffian - 8A 1B 1C
4. Muhammad Firdaus bin Badrul Hisham - 8A 2C
5. Muhamad Haziq bin Hamidan - 8A 2C
6. Muhammad Zubir bin Ameer - 7A 3B
7. Muhammad Afif bin Ridwan- 7A 2B 1C
8. Muhammad Arif Fikri bin Abdul Halim - 7A 2B 1C
9. Muhammad Fauzan bin Mohd Azhar - 7A 1B 1C
10. Muhammad Hilmi Azfar bin Shaiful Bahri - 7A 1B 2D
11. Muhammad Hafizuddin bin Hamzah - 6A 2B 2C
12. Muhammad Adzib bin Mohd Fadil - 6A 3B 1D
13. Aeman Firdaus bin Mohd Zamhuri - 6A 2B 2D
14. Muhammad Riefqi bin Mohd Ropi - 4A 3B 1C
15. Muhammad Faiez bin Mohd Azhar - 3A 4B 1D
16. Muhammad Amal Nasr bin Kamarulzaman - 2A 5B 1D
17. Muhammad Nurfaris bin Noramin - 6B 2C

Keputusan ikut matapelajaran adalah seperti berikut:

1. BM LULUS 100%
A seramai 11 org (65%), B seramai 6 org (34%)

2. BI LULUS 100%
A seorg (6%), B seramai 5 org (30%), C seramai 7 org (42 %) D seramai 4 org (22%)

3. MATEMATIK LULUS 100%
A seramai 13 org (76%) B seramai 4 org (24%)

4. SAINS LULUS 100%
A seramai 15 org (88%), B seramai 2 org (12%)

5. SEJARAH LULUS 100%
A seramai 15 org (88%), B seramai 2 org (12%)

6. B ARAB LULUS 100%
A seramai 15 org (88%), B seramai 2 org (12%)

7. SYARIAH ISLAMIAH LULUS 100%
A seramai 11 org (65%), B seramai 5 org (30%), C seorg (5%)

8. ALQURAN SUNNAH LULUS 100%
A seramai 14 org (82%), B seramai 3 org (18%)

9. AKAUN LULUS 100%
A seorang (8%), B seramai 3 org (23%), C seramai 5 org (38%), D seramai 4 org (30%)

10. EKONOMI LULUS 100%
A seramai 8 org (66%), B seramai 4 org (42%)

Ma’ahad Tahfiz Ismail, Sewaktu pandemik covid19 ini, menerapkan teknologi pembelajaran dalam talian terutama Google Classroom yang diamalkan di Ma’ahad Tahfiz Ismail terbukti cukup membantu guru dan para pelajar selain aplikasi Zoom bagi membolehkan interaksi secara terus dengan pelajar dapat dilakukan. Para-para guru dan pihak pentadbiran Ma’ahad Tahfiz Ismail turut memanfaatkan aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pelbagai maklumat, arahan dan Latihan kepada ibubapa dan para pelajar. Semuanya ini untuk memastikan pembelajaran pelajar berjalan dengan lancar walaupun mereka tidak berada di dalam kelas semasa pembelajaran dilaksanakan.

“Cuma tenaga pengajar kena bersedia dengan bahan mengajar sebelum melaksanakan pembelajaran dalam talian. Mereka perlukan sedikit masa untuk menyediakannya. Selain itu mereka juga harus meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat, pedagogi dan penilaian dalam talian. Manakala pelajar pula, disamping belajar akademik, mereka terus jalani aktiviti mengulang hafazan Al-Quran setiap hari”, ujar YBhg Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Ma’ahad Tahfiz Ismail.

YBhg Tan Sri Rozali Ismail juga berhasrat dengan adanya para-para huffaz muda ini, maka MTI dapat melahirkan masyarakat hafiz Al-Quran yang kemudiannya berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang, seimbang dan berintegriti untuk membantu masyarakat, ekonomi dan negara secara keseluruhannya. Ini membuktikan bahawa sekiranya para huffaz ini diberikan pendidikan dan silibus pembelajaran yang betul, maka mereka mampu bersaing bersama pelajar akademik yang lain.

Kesemua pelajar tahfiz ini adalah mereka yang telah menghafal 30 juzuk Al-Quran serta cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Ini membuktikan bahawa sistem pelajaran menghafal Al-Quran dan belajar Akademik mampu dilaksanakan seiring.

Ybhg Tan Sri juga mengucapkan sekalung tahniah diatas kejayaan yang dicapai oleh para huffaz Ma’ahad Tahfiz Ismail dan berharap dengan penubuhan Ma’ahad Tahfiz Ismail ini akan dapat melahirkan lebih ramai lagi generasi yang akan datang dan bakal menjadi ikon negara segi duniawi dan ukhrawi. Tegasnya lagi, perisai ukhrawi perlu dibina sebagai benteng pertahanan dalam memerangi pelbagai penyakit sosial yang akhirnya akan meruntuhkan akhlak masyarakat.

Ybhg Tan Sri juga yakin dengan keputusan yang diperolehi ini, kesemua pelajar adalah layak menyambung pelajaran mereka ke Pusat Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya seperti yang MTI rancang.

Ybhg Tan Sri juga menyatakan bahawa dengan keputusan yang cemerlang ini, ia akan menjadi pembakar semangat dan pendorong untuk pelajar pelajar MTI yang lain. Ini juga membuktikan pembelajaran hafazan dan akademik boleh berjalan selari. Apa yang penting usaha dan kerja kuat.

Kepada ALLAH kami bersyukur. Tiada daya kami tampa ALLAH

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Mohd SAW.

Terima kasih
MAAHAD TAHFIZ ISMAIL
Adab Dulu Baru Ilmu.


SYED.jpg

LUQMAN.jpg

AFIQ.jpg

AFIF.jpg

ARIF.jpg

HILMI.jpg

FAUZAN.jpg

ZUBIR.jpg

ADZIB.jpg

 

AEMAN.jpg

IMG-20190525-WA0064.jpg