4 Oktober 2020 : Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua umat Islam. Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman. Sehubungan dengan itu, MTI telah mengadakan kursus Asas Pengurusan Jenazah.

              Semua pelajar MTI telah mengikuti kursus tersebut yang dijalankan di Surau MTI. Kursus ini telah diadakan bertujuan untuk melatih dan memberi kefahaman secara terperinci kepada umat Islam tentang cara pengurusan jenazah yang betul jika berlaku kematian. Selain itu , para pelajar  yang menyertai kursus ini berpeluang menambah ilmu pengetahuan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan pengurusan jenazah, kematian dan lain-lain hal yang berkaitan.

8d8ceb95-940c-4d06-9aa5-277ce04af5c5.jpg

cd18c9fb-ccaf-468b-96c3-b1999220460f.jpg

793cce33-ac40-4bf9-a31b-bd43ea5dc2a8.jpg

54aa9f67-b7ae-4257-8e3c-9eb289b3eade.jpg

0e5fc2e3-aebb-4c61-9983-3acfabfbc4f0_2.jpg

d4649797-5c14-431c-86fc-84f7420d112b_2.jpg