Pada 27 Julai 2019, Ma’ahad Tahfiz Ismail telah menjalankan program outing pelajar-pelajar MTI ke Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya. Program ini disertai seramai 109 pelajar dan 8 orang guru. Program ini diketuai oleh Ustaz Khairul Ariffin.

          Program merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar ma'ahad. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

 

Antara objektif program ini ialah :

1. Memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mengetahui proses percetakan al-Quran, dari berbagai sudut seperti penyelidikan, percetakan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan, dan pengagihan al-Quran.

2. Memberi peluang kepada guru berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkenaan ilmu-ilmu al-Quran dengan lebih berkesan kepada para pelajar.

3. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kecanggihan teknologi moden dalam menghasilkan percetakan al-Quran yang berkualiti.

4. Memberi penerangan kepada para pelajar tentang kesenian kaligrafi arab dalam penghasilan tulisan al-Quran, seterusnya menarik minat para pelajar dalam menekuni ilmu tulisan khat di ma’ahad.

5. Memberi kesedaran kepada para pelajar akan kepentingan rasm uthmani dalam penulisan al-Quran.

6. Menghilangkan stress dan tekanan yang dialami para pelajar dalam menuntut ilmu di ma'ahad.

7. Merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru dan pelajar.

 

         Diharapkan program outing ini dapat direalisasikan agar pelajar-pelajar Ma'ahad Tahfiz Ismail mencapai objektif yang diharapkan. Sejajar dengan Transformasi Pendidikan Negara, pihak Ma'ahad Tahfiz Ismail menginginkan tahap pendidikan tahfiz, akademik dan kokurikulum lebih berdaya saing dan cemerlang dari sekolah-sekolah yang lain. Maka dengan program outing ini akan membuka minda dan seterusnya memberi impak besar dalam diri mereka.

1

PELAJAR MENGIKUTI PENERANGAN OLEH PIHAK KOMPLEKS NASYRUL QURAN

 

2

PELAJAR MELIHAT PAMERAN AL-QURAN

 

3

PELAJAR MELIHAT PAMERAN AL-QURAN

 

4

PELAJAR MELIHAT PAMERAN AL-QURAN

 

7

PELAJAR MENDENGAR PENERANGAN DARI KAKITANGAN KOMPLEKS NASYRUL QURAN

 

8

PELAJAR MELIHAT PROSES PENCETAKAN AL-QURAN

 

9

PELAJAR MELIHAT PAMERAN AL-QURAN

 

10

PARA PELAJAR MTI

 

11

PELAJAR DAN GURU MTI