Pada 24 sehingga 27 Jun 2019, Ma’ahad Tahfiz Ismail telah mengadakan Minggu Sains dan Matematik yang bertemakan “Science is Fun”. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains bagi semua pelajar Ma’ahad Tahfiz Ismail dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selain itu, program ini memberi pengalaman menarik kepada pelajar melakukan hands-on experiment melalui aktiviti yang dijalankan dan menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar. Selain itu juga, program ini memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap bekerjasama, berkeyakinan dan bantu-membantu.

Antara hasil program ini ialah aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama yang diberikan oleh pelajar dan guru. Selain itu, bakat dan kreativiti serta inovatif pelajar dapat dijana dan dicungkil menerusi aktiviti yang dijalankan. Disamping itu, nilai-nilai murni iaitu bersemangat, sikap kerjasama dan bantu membantu dapat dipupuk semasa menyelasaikan dan melaksanakan tugasan/aktiviti.

f

b

c

 

e

g

 

j

m

n

o

p

s

w

ac

af

ag

ak

am

amn

ap