Tanggal 13 Januari 2019 merupakan hari bersejarah bagi Maahad Tahfiz Ismail di dalam kalendar tahun 2019 kerana telah diadakan majlis hari pendaftaran bagi pelajar tingkatan satu yang diadakan di dewan Masjid Puncak Alam. Pada tahun ini, pihak Maahad Tahfiz Ismail (MTI) telah menerima seramai 35 orang pelajar baharu yang telah lulus dalam beberapa siri temuduga sebelum itu. Majlis hari pendaftaran ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi MTI iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Rozali bin Ismail serta dif-dif kehormat yang lain.

          Syabas diucapkan kepada para pelajar yang terpilih dan tidak lupa kepada ibu bapa yang melahirkan bakal huffaz Al-quran yang akan meneruskan usaha untuk menjaga dan memelihara kesucian Al-Quran. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan majlis hari pendaftaran ini secara langsung mahupun tidak langsung.

1

Pendaftaran pelajar tingkatan satu di kaunter pendaftaran

 

3

Barisan dif-dif kehormat

 

4

Alunan selawat oleh barisan kepimpinan pelajar MTI 2019

 

6

Ucapan oleh Pengerusi MTI, Ybhg. Tan Sri Rozali bin Ismail

 

7

Sesi pengenalan barisan tenaga pengajar bagi tingkatan satu 2019

 

8

Sesi pemberian kelengkapan sekolah oleh Pengarah MTI, Ybhg. Dato’ Mat Hairi bin Ismail

 

9

Tetamu yang hadir menikmati jamuan yang disediakan