Tanggal 24 Oktober 2018, seramai 10 orang pelajar Maahad Thafiz Ismail telah menyertai Majlis Menghafaz & Tilawah  Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Selangor yang telah diadakan di Dewan Lumu, Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor. Peserta terdiri daripada 6 orang dari tingkatan 3 dan 4 orang lagi dari pelajar tingkatan 2.

Pelajar MTI telah berjaya memenangi:

Kategori 1-30 juzuk.
- Pelajar Muhammad Danial Asyraf Bin Fadil telah mendapat naib johan. Hadiah berupa wang tunai RM400. Sijil dan kain sepersalinan.
- Pelajar Muhammad Zubir Bin Ameer telah mendapat tempat ketiga. Hadiah berupa RM300. Sijil dan kain sepersalinan.

Kategori 1-20 juzuk.
- Pelajar Muhamad Haziq Bin Hamidan telah mendapat tempat ketiga. Hadiah berupa RM200. Sijil dan kain sepersalinan.

 

Webp.net-resizeimage (2).jpgWebp.net-resizeimage.jpgWebp.net-resizeimage (1).jpgWebp.net-resizeimage (4).jpgWebp.net-resizeimage (3).jpg