Mac 2018, Maahad Tahfiz Ismail sulong kalinya menyertai kejohanan sukan antara maahad tahfiz seluruh Kuala Selangor. Penglibatan MTI kali ini amat memberi sebuah pengalaman yang sangat berharga buat jaguh-jaguh MTI yang bersemangat berentap di dalam pelbagai acara. 

Tanggal 04 Mac, perlawanan Bola Sepak 9 sebelah telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkala Permatang, Sungai Buloh, Kuala Selangor.

Seramai 11 orang pemain  termasuk pemain simpanan MTI bersaing dengan beberapa buah kumpulan lain. "Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa tahu",

alhamdulillah dengan usaha yang gigih daripada pemain-pemain, MTI mara ke ke peringkat akhir berentap untuk merebut trofi juara. Namun, persaingan yang sengit itu membawa kepada keputusan penalti 3-0 dan MTI meraih NAIB JOHAN peringkat Kuala Selangor. 

Atlet mti juga terlibat di dalam pertandingan badminton, ping pong dan sepak takraw. 

Semoga pelajar akan berusaha lebih lagi pada tahun hadapan. Alhamdulillah.

 

rsz 3img 20180304 083808

rsz img 20180304 154424

rsz img 20180304 160622

rsz img 20180304 165038

rsz img 20180304 165416

rsz img 20180304 165829

rsz img 20180311 081412

rsz img 20180311 092744

rsz img 20180311 105746