13 JANUARI 2018, telah berlangsungnya majlis Hari Pendaftaran Pelajar Baru bagi sesi 2018. Majlis gilang gemilang itu dihadiri tetamu jemputan juga dari ahli keluarga besar Tan Sri Rozali Ismail, yang juga perasmi majlis. Seramai 36 orang pelajar tingkatan 1 Maahad Tahfiz Ismail sesi 2018 berjaya mendaftar masuk sebagai ahli keluarga MTI. Bermula pukul 8 pagi, para ibu bapa berduyun-duyun datang membawa semangat baru bagi meraikan anak-anak mereka. Setelah ucaptama daripada perasmi majlis, YBhg Tan Sri Rozali Ismail, anak-anak dijemput ke pentas bersalaman dan sesi penyerahan sebagai anak angkat MTI daripada ibu bapa masing- masing. Seterusnya para pelajar diiringi ibu dan bapa serta guru-guru ke asrama untuk lokasi asrama dan persediaan alatan lengkap diri. Majlis bersurai lewat pukul 3 petang. Moga mereka terus bersemangat menimba ilmu kalam Allah di muka bumi ini.

 

rsz 7x2a1043 2

rsz 7x2a1045 2

 

rsz 7x2a1056 2

 

rsz 7x2a1061 2

 

rsz 7x2a1064 2

 

rsz 7x2a1129 2

rsz 7x2a1134 2

 

rsz 7x2a1139 2

 

rsz 7x2a1141

 

rsz 7x2a1155 2

 

rsz 7x2a1206 2