Tanggal 14 Disember 2017, telah berlangsungnya Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Maahad Tahfiz Ismail bagi tahun 2017. Majlis yang gilang gemilang itu bersempena dengan kejayaan anak-anak MTI yang telah dicapai sepanjang tahun 2017. Antara pencapaian yang diraikan ialah kejayaan pelajar dalam bidang hafazan dan akademik, juga kegiatan ko-kurikulum yang berlangsung. Para ibubapa yang hadir sangat memberi impak kepada perasaan anak-anak apabila melihat keseluruhan pencapaian yang cemerlang dan menghadirkan rasa kebersamaan meraka juga sokongan kepada anak-anak. Majlis dihadiri oleh ramai tetamu jemputan yang dijemput khas untuk sama-sama memeriahkan majlis. Dirasmikan oleh Ybg Dato' Mat Hairi Ismail. Semoga majlis ini memberi makna yang mendalam kepada semua pelajar dan kesan yang positif kepada mereka untuk terus berusaha menggarap kejayaan yang lebih cemerlang. ameen

rsz dsc 8241 rsz dsc 8272rsz dsc 8292rsz dsc 8326rsz dsc 8547rsz dsc 8431