Tanggal 26 November 2017 yang lalu, sekali lagi pelajar MTI dibawa menjelajah di sekitar bandar Putrajaya. Seramai 53 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring menyertai program santai ini. Objektif program adalah bagi merehatkan minda para pelajar setelah berakhirnya kepenatan memerah keringat dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun pada minggu yang lalu. 

Antara aktiviti disana ialah jogging dan bersiar-siar sekitar taman berdekatan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Besi. Berbasikal dan berjalan-jalan sambil melihat kebesaran Tuhan. Subhanallah... 

Pelajar mengkahiri Jaulah tersebut dengan aktiviti muroja'ah (mengulang) al-Quran di dalam Masjid Besi dan sempat bergambar di sekitar tempat itu yang sangat indah suasananya. Pelajar bertolak pulang pada pukul 11.45 tengahhari dan tiba di MTI pada pukul 1.00 petang. 

Alhamdulillah, semua pelajar sangat berpuas hati dan gembira dengan aktiviti yang diadakan ini. Moga mereka sentiasa diberi kemudahan dan keberkatan dalam belajar. Ameen...

DSC00839

DSC00845

DSC00847DSC00858

DSC00874

DSC00885

DSC00889

DSC00912