Sabtu 25 November 2017, Maahad Tahfiz Ismail telah menghantar 3 pasukan futsal ke Perlawanan Futsal Peringkat Masjid Puncak Alam. 

MTI UNITED, MTI FC, dan MTI JUNIOR yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua. Kesemua pemain menunjukkan semngat kesukanan yang sangat tinggi dalam berentap dengan pasukan lawan yang jauh lebih dewasa berbanding pemain MTI. Walau bagaimanapun, itu tidak menjadi alasan untuk mereka mara ke peringkat Semi Final. Pun begitu, hanya satu pasukan daripada MTI JUNIOR yang mara dan mendapat tempat ke-4. Saingan yang sangat sengit tambahan cuaca hujan sangat menguji mental dan fizikal mereka yang terpaksa bermain dalam keadaan berhati-hati disebabkan permukaan padang yang berair dan licin.

Alhamdulillah semua pasukan MTI telah melakukan yang terbaik dan walaupun tidak berjaya merangkul juara, mereka telah belajar sebuah pengalaman yang sangat berharga dan moga-moga mereka akan memperbaiki apa yang kurang untuk berentap lagi di masa hadapan. 

 

WhatsApp Image 2017 11 25 at 8.06.19 PM 1

MTI JUNIOR

WhatsApp Image 2017 11 25 at 8.06.19 PM

MTI FC

WhatsApp Image 2017 11 25 at 8.06.19 PM 2

MTI UNITED